Setelah sekali lagi, menyepi berbulan yang makan tahun jua sebenarnya... terselit peristiwa yang sangat tidak terduga. Kandungan kembar yang dikesan tika kandungan sudah mencapai 8 bulan. Wahh! Memang satu kejutan. Di mana si kembar ini menyorok tatkala berada 5 bulan dalam kandungan dulu? Sejak itu, tuan badan semakin manja aje sbenarnya... namun tugas masih terlaksana sebaiknya. Tingkat 3 UiTM tetap ku daki setiap minggu. Selain daripada mengadap keletah murid-murid tahun satu yang adakala mak aihhh, memang meletihkan.
Setiap minggu kena la mengadap doktor pakar di Hospital Segamat, menjalani pemeriksaan. Dimasukkan sekali ke hospital bagi rawatan (apa tah namanya) dalam memastikan paru-paru kembar ini matang memandangkan mereka hanya 1.4kg dan 900 gram. Tika tu ku terbayangkan... betapa keciknya mereka. Alhamdulillah hingga cukup minggunya, berat mereka semakin bertambah sehingga saat kelahiran mereka keluar dengan berat 2.5 kg dan 2kg masing-masing. Kelahiran mereka secara pembedahan bagi mengelakkan komplikasi tidak paru-paru kerana salah seorang daripada mereka sangat kecil.
30 November 2010, seusai majlis konvokesyenku di UiTM Shah Alam , ku dan keluarga bergegas balik ke Segamat dan terus ke Hospital Segamat kerana doktor mengarahkan sedemikian. 1 Disember 2010, 12 tengahari, kudisorong dengan penuh debaran ke bilik pembedahan dan tepat 12.53 tgari, seorang daripada kembar dikeluarkan dan diikuti si adik 2 minit kemudian. Alhamdulillah mereka semua menangis dan sihat. Si adik terpaksa dimasukkan pula ke SCN dan ditempatkan dalam inkubator kerana masalah rendah kadar gula dalam badan. Terharu juga bila menatap sikecil ini dengan tiub di sana dan di sini. 10 hari juga di hospital bersama si kecil ini. Kembar pertama bersama ku pada hari ketiga setelah keadaan ku dah stabil dari kesan bius.
Kini, hampir 3 bulan kehidupanku bersama kembar dan 3 lagi anak-anak lain yang memeriahkan lagi hidup ku bersama suami.